Klinik Pergigian Aksara berbesar hati kerana telah dijemput untuk membuka booth pergigian di SKTM. Penyertaan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan gigi dalam kalangan murid-murid dan komuniti sekolah.
Antara aktiviti menarik yang disediakan di booth kami termasuk:
-Pemeriksaan gigi percuma
-Sesi edukasi penjagaan gigi
-Aktiviti interaktif dan hadiah menarik untuk kanak-kanak
-Promosi eksklusif daripada Klinik Pergigian Aksara
Kami komited untuk mendidik dan memberi perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat sekitar. Terima kasih kepada pihak SKTM atas jemputan ini!